Khamis, 24 Februari 2011

Ali Rustam Simpan Pelacur Di Melaka?

SUARA MELAKA




Seronok betul Utusan menabur fitnah dan memutar belitkan berita dari Bernama mengenai aktiviti pelacuran di Kelantan. Sekarang kita minta Utusan putar belit berita yang ada dalam blog ini pula yang mana rumah pelacur berselerakkan di negeri UMNO/BN ini iaitu Melaka. Ada berani?

Sebelum ini tajuk dari Bernama ialah "Nik Aziz Akui Kegiatan Perjudian, Pelacuran di Kelantan Kerana Kelemahan Penguatkuasaan" tetapi kebodohan Utusan dan kejahilan yang tidak menentu menyebabkan tajuk asal dari Bernama telah ditukar untuk menyedapkan cerita dan berbunyi "Kegiatan Perjudian, Pelacuran Ada di Kelantan - Nik Aziz".

Gambar di atas bukan setakat ada penguatkuasaan tetapi bermaharajalela dalam aktiviti pelacuran dan perjudian. Ketika tinjauan di kawasan ini, tiada seorang pun dari kalangan pihak peguatkuasa Melaka yang meronda sebaliknya aktiviti pelacuran ini seperti bebas dari pihak berkuasa.

Ketika melalui jalan berdekatan dengan Eye On Melaka, ada perempuan melayu menunggu pelanggan untuk memberikan servis kepada pelanggannya. Belum sempat, mereka menghidu kehadiran kami. Wanita melayu itu terus beredar manakala kereta pelanggan tersebut telah beredar terlebih dahulu.

Pihak kami cuba untuk mengejar tetapi wanita melayu itu terus memecut laju. Kami kemudiannya melalui kawasan lorong berdekatan dengan Jambatan Hang Tuah dan mendapati ada anak muda belasan tahun sedang bercumbu di bawah jambatan tersebut.

Menyedari kehadiran kami bersama jurukamera, mereka terus beredar. Sekarang siapa yang merosakkan anak Melayu dengan hiburan? UMNO atau Perkasa? Maka untuk pengetahuan Mustapha Mohamad, jangan cepat melenting isu pelacuran dan perjudian ini. Kalau ada, pihak polis dari cawangan perjudian dan maksiat sudah lama menangkap mereka ini tetapi sampai sekarang tiada apa-apa berita.

Jadi, cadangkanlah kepada negeri Melaka yang diterajui oleh Ali Rustam. Utusan juga dibenarkan untuk memutar belit tajuk dari blog ini agar pembaca mereka kena tipu kepada "Kita Ada Stok Pelacur - Ali Rustam". Beranikah Utusan berbuat demikian?

Tiada ulasan: