Ahad, 27 Februari 2011

ALI RUSTAM PERSENDA WAKIL PERSATUAN CINA

Suara Merlimau

Episod cubaan 'merasuah' pengundi Cina seperti di Miri dalam PRK lalu berulang lagi di PRK Merlimau. Di Miri Perdana Menteri, Dato Seri Najib berkata dalam satu ceramah kempen BN di Miri memberitahu pengundi dan penduduk Cina...' lu tolong gua dan gua tolong lu..."

Ketua Menteri Melaka, Dato seri Ali Rustam seperti belajar dan meniru dari bossnya dengan hari ini memberitahu kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong
dengan memberitahu kumpulan berkenaan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Antara tuntutan kumpulan berkenaan ialah sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

Inilah contoh seorang pemimpin Umno/BN yang bermuka-muka dan bersikap hipokrit untuk mendengar dan membincangkan masalah dan nasib rakyat. Apakah beliau fikir hanya orang Umno/BN sahaja yang menjadi pembayar cukai? Adakah beliau fikir duit rakyat dan harta kerajaan adalah milik Umno/BN?

Tindakan Ali Rustam ternyata satu tindakan tidak matang dan seperti mempersendakan orang Cina dan menafikan hak rakyat berbilang kaum di negara ini. Sikap yang ditunjukkan menggambarkan watak sebenar pemimpin Umno yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk meraih undi dan menang dalam pilihanraya. Saya cukup yakin pengundi dan penduduk di Merlimau cukup matang untuk menilai pemimpin yang bersikap talam dua muka ini.

1 ulasan:

leekonyou berkata...

Kita gongxi-kongsi info ini......Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita untuk dikongsi bersama, sila email saya di housepk@live.com

Sunday, February 27, 2011DUN MERLIMAU! KTUK KERAJAAN TAPI TINGGAL DALAM RUMAH KERAJAAN!?

Sebelum PAS nak spin, biar kita jawab apa mereka akan spin.

Calun PAS dan PAS akan hina dan kritik kerajaan kononnya kerajaan tidak tolong rakyat atau pekerja kerajaan. Sekarang kerajaan dah tolong rakyat dengan rumah kerajaan tapi disalahguna oleh orang PAS.

Kalau nak kritik kerajaan, jangan pula kamu bergantung pada kerajaan. Ini menunjukkan kamu kritik kerajaan yang menolong dan bantu kamu. Nampak kamu tak ada pendirian dan tak berterima kasih.

Kita kalau dah bergantung kat orang, jangan nak hentam tangan yang memberi. Nak hujah canggih, kamu tak ada locus standi nak kritik kerajaan dan polisi.

Apalah PAS, tak ada class .... calun macam Cikgu Mala dan suami saja.

Korek korek mesti ada cerita ....

House PK: Inilah masalahnya, kutuk kerajaan bagai nak gila pastu hidup atas belas ihsan kerajaan jugak! Kalau betul punya anak jantan, toksah la kerja kerajaan wahai Pencinta Juburi sekalian! Atau memang orang PAS ni takde maruah la kot?
Posted by House PK at Sunday, February 27, 2011