Selasa, 22 Disember 2009

Permukiman Umno PP putus minta pengerusi BN

Abdul Rahim Sabri


Desakan meminta jawatan pengerusi BN Pulau Pinang diputuskan sebulat suara dalam sesi permukiman Umno negeri itu yang diadakan di Janda Baik, Pahang sebulan yang lalu.

Menurut seorang pemimpin kanan Umno negeri itu, sesi pemukiman tersebut dihadiri oleh 299 pemimpin dari kesemua 13 bahagian, termasuk tiga sayap parti itu.

Oleh itu, katanya, kenyataan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang mahukan Gerakan menyerahkan jawatan tersebut kepada Umno adalah keptuusan sebulat suara umno negeri itu.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmad berkata permintaan itu munasabah kerana wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno sejak 35 tahun lalu dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Tiada ulasan: