SELANGOR KINI
KELANA JAYA - Kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk Bukit Antarabangsa awal Januari tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia bagi memberi peluang kepada penduduk untuk mengkaji mengenai hasil laporan yang baru dikeluarkan sebelum mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.
Khalid berkata, ia berikutan setelah pendedahan laporan tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa dijual kepada umum semalam di Ibu pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
“Tujuan pada awalnya buku ini dikeluarkan ialah kita akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Bukit Antarabangsa bersama dengan beberapa pakar pada awal bulan Januari.
“Ia diadakan untuk berbincang supaya perkara tragedi ini tidak berlaku lagi dan juga berbincang tentang tanggungjawab pemilik-pemilik perumahan dan juga pemaju-pemaju dan juga jiran-jiran.
“Ini cara untuk mencari jalan agar perkara tragedi seperti ini tidak akan berlaku lagi dan kita juga akan membincangkan bagaimana usaha untuk mengurangkan beban mereka yang menghadapi tragedi ini,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Mendepani Zaman Melayu Untuk Abad Ke 21 di Itudio Studio, Kelana Jaya semalam.
Shaziman minggu lalu mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju supaya laporan berkenaan di bawah Akta Rasiah Rasmi (OSA) didedahkan kepada umum setelah didesak kerajaan negeri Selangor.
“Saya berterima kasih tapi saya rasa perkara ini tidak sepatutnya dipengaruhi oleh birokrasi dan politik. Tujuan kerajaan negeri Selangor adalah untuk memberi maklumat kepada mereka yang terlibat dan juga kepada rakyat supaya kita sama-sama belajar daripada kejadian tersebut dan juga belajar bagaimana mencari jalan mengatasi masalah -masalah ini,” kata Khalid.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan laporan yang dikeluarkan itu, Khalid berkata perkara itu masih boleh diperbincangkan.
“Laporan ini masih lagi boleh diperbincangkan tapi inilah laporan mereka-mereka profesional bukan tujuan untuk mencerca sesiapa tetapi membuat analisa kejuruteraaan dan geotek untuk menentukan mengapa dan sebabnya perkara itu berlaku,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan