Khamis, 10 Disember 2009

Konsep BKJ tidak dapat sambutan

BERITA HARIAN ONLINE


KONSEP bina kemudian jual (BKJ) yang diperkenalkan kerajaan sejak 2007 tidak mendapat sambutan apabila hanya sebuah syarikat pemaju yang bersedia melaksanakannya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata punca utama pemaju enggan melaksanakan konsep itu akibat kekangan masalah kewangan dan kesukaran mendapatkan pinjaman bank.

“Setakat ini hanya satu syarikat saja bersedia melaksanakannya dan yang lain masih tidak bersedia berbuat demikian,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 pada peringkat jawatankuasa kementeriannya di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Pada April 2007, kerajaan mengumumkan inisiatif baru bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah tempatan, termasuk pelancaran konsep BKJ dengan menawarkan pelbagai insentif untuk menggalakkan pemaju beralih kepada konsep itu.

Tiada ulasan: