Khamis, 10 Disember 2009

Pusat akur kuasa negeri

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: “Kuasa menubuhkan Jabatan Penguat Kuasa Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan daripada Jabatan Agama Islam negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai agensi pusat hanya berperanan sebagai penyelaras ke arah membantu pelaksanaan penubuhan kedua-dua jabatan itu sama seperti kewujudan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Jabatan Mufti Negeri.

“Cadangan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah tidak bermaksud Pusat mengambil alih peranan Jabatan Agama Islam negeri.

“Sebaliknya kuasa menubuhkan jabatan yang berasingan daripada jabatan agama Islam negeri hanya terletak dalam bidang kuasa negeri,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tiada ulasan: