Selasa, 1 Disember 2009

Ahli CC cabar Liow tunjuk bukti

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Seorang ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA semalam mencabar Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai menunjukkan bukti seramai 1,193 perwakilan hadir pada sesi taklimat khas anjuran kumpulannya, Sabtu lalu.

Datuk Ti Lian Ker yang juga Koordinator Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) MCA, berkata jumlah 1,193 perwakilan didakwa hadir oleh Liow, tidak sama dengan jumlah dikeluarkan agensi pemantau dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang menganggarkan 547 perwakilan hadir.

Beliau juga mendakwa pada hari berlangsungnya taklimat itu, ada bas sarat dengan orang awam yang bukan ahli MCA menghadiri sesi berkenaan.

“Saya mahu Menteri Kesihatan menunjukkan integriti beliau selari dengan Pasukan Bertindak Memulihkan Integriti MCA (MIRT) dengan menunjukkan kepada MCA dan ahlinya bukti dan tanda tangan 1,193 perwakilan hadir,” katanya dalam laman blognya di sini, semalam.

Sesi taklimat khas anjuran kumpulan Liow itu meluluskan Deklarasi 1128 mendesak pemilihan semula peringkat Jawatankuasa Pusat (CC) diadakan dalam 60 hari.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menolak dengan alasan keputusan untuk pemilihan semula perlu mengikut Perlembagaan parti dan di bawa ke CC.

Tiada ulasan: