Khamis, 3 Disember 2009

2,929 rakyat miskin tegar bakal terima ASW-Bandar

BERITA HARIAN ONLINE


SERAMAI 2,929 rakyat miskin tegar di bandar sudah didaftar untuk menerima unit Amanah Saham Wawasan (ASW)-Bandar membabitkan pelaburan berjumlah RM29.29 juta, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin.

Sehingga 30 September lalu, beliau berkata, pendaftaran di Sabah membabitkan seramai 1,148 orang ketua isi rumah miskin tegar di bandar dengan pelaburan berjumlah RM11.48 juta dan Sarawak (480 ketua isi rumah � RM4.80 juta).

Selain itu, Terengganu (477 � RM4.77 juta), Perak (158 � RM1.58 juta), Johor (116 � RM1.16 juta), Selangor (114 � RM1.14 juta), Kelantan (114 � RM1.14 juta), Pahang (88 � RM880,000), Perlis (61 � RM610,000), Pulau Pinang (60 � RM600,000), Melaka (42 � RM420,000), Labuan (34 � RM340,000), Negeri Sembilan (24 � RM240,000), Kedah (13 � RM130,000).

Tiada ulasan: