BERITA HARIAN ONLINE
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 81,625 permohonan pendaftaran bagi tempoh 1 Julai hingga 30 September lalu, menjadikan jumlah keseluruhan Daftar Pemilih Induk setakat ini kepada 11,085,863 orang.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata daripada jumlah itu, 67,502 adalah permohonan pemilih baru dan baki 14,123 adalah permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Katanya, jumlah itu terkandung dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga (Julai hingga September) yang diwartakan kelmarin mengikut Peraturan 22(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang mengkehendaki supaya Daftar Pemilih Tambahan diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk pilihan raya.
"Selain menerima 81,626 permohonan baru dan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi, SPR turut mengeluarkan 66,616 pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab bertukar alamat, meninggal dunia atau dilucutkan hak kewarganegaraan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan