BERTIA HARIAN ONLINE
KEADAAN kereta mangsa yang terputus dua dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Bukit Mantin, kelmarin. |
SEREMBAN: Seorang kakitangan Jabatan Perangkaan Selangor terbunuh apabila kereta yang dipandunya terputus dua dan terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak sawit di Batu 7 Jalan Seremban-Mantin dekat sini malam kelmarin.
Muhammad Abd Rashid, 25, dari Batu 8 Mantin yang memandu Perodua Kancil mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan melecur teruk dalam kejadian jam 11.05 malam itu.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal menunjukkan kemalangan berlaku akibat kereta mangsa terbabas ketika menuruni bukit dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki dari arah depan.
"Ketika kejadian, mangsa difahamkan dalam perjalanan dari Seremban menuju ke rumahnya. Bagaimanapun, pemandu lori tangki terbabit hanya cedera ringan," katanya.
Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan