SINAR HARIAN ONLINE
KUALA KUBU BHARU – Dua laporan polis dibuat berhubung tindakan sesetengah pihak yang menconteng papan tanda kerajaan negeri yang tertera ‘Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Selangor.’
Laporan itu masing-masing satu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini dan Balai Polis Batang Kali dibuat oleh Siti Norsyakillah Abdullah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati tiga kawasan yang diletakkan papan tanda berkenaan di simpang tiga menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu, simpang tiga menghala ke Masjid Kalumpang dan simpang tiga ke Bandar Utama Batang Kali yang kesemuanya berconteng dengan tanda ‘X’ termasuk perkataan ‘Tipu’.
Komen yang diperoleh daripada orang awam rata-rata tidak setuju dengan tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bermoral.
Mohd Azad Abdullah, 44, berkata, individu atau pihak yang berbuat demikian berkemungkinan tidak puas hati dengan harsat kerajaan yang mahu mengambil alih pe-ngurusan air.
Papan iklan kerajaan negeri yang tertera ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Selangor’ yang diletakkan di simpang tiga menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu, simpang tiga menghala ke Masjid Kalumpang dan simpang tiga ke Bandar Utama Batang Kali berconteng dengan tanda ‘X’ serta perkataan ‘Tipu’. Dua laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan Balai Polis Batang Kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan