Khamis, 28 Mei 2009

Penanti: Sepanduk menghasut, bencikan Pakatan Rakyat ditemui

Mohd Sabri Said


PENANTI - Tiga sepanduk dijumpai di beberapa persimpangan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti semalam dipercayai dipasang untuk mecetuskan kebencian dan menghasut rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengarah Pilihan raya Kecil N12, Zainol Abidin Saad ketika memberitahu Harakahdaily semalam menyifatkan, tindakan itu sengaja dilaksanakan oleh pembangkang negeri ini semata-mata mahu mengganggu gugat perjalanan pilihan raya kecil yang diadakan pada 31 Mei ini.

Menurutnya, tiga sepanduk bertulisan 'Orang Cina Sokong Dr Mansor kerana KeADILan dan PAS Alat Orang Cina', Jangan Undi KeADILan untuk selamatkan Pulau Pinang Daripada Cina' dan 'Anwar Guna Azizah Untuk Depan. Guna Saiful dan Azizan untuk belakang' sudah diturunkan oleh jentera parti.

Bagi parti pembangkang di negeri itu perkataan tersebut kononnya dapat mengurangkan peratus keluar mengundi sekaligus boleh mengalahkan calon Pakatan Rakyat yang bertekad mengisi kekosongan kerusi Dun Penanti dan Timbalan Ketua Menteri 1.

"Kita tahu ia adalah usaha pembangkang Pulau Pinang yang sengaja mahu memastikan kekalahan Dr Mansor pada pilihan raya kecil itu, " ujarnya.

Dua sepanduk dijumpai di persimpanga Berapit manakala selebihnya di Mengkuang dan Sungai Lembu.

Menurut beliau, pembangkang sengaja ingin mencetuskan pergaduhan sesama Pakatan Rakyat kerana bagi mereka jika wujud bibit perpecahan nescaya Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng akan jatuh ke tangan Umno dan BN kembali.

Oleh itu katanya, rakyat di Penanti diingatkan jangan sekali-kali menyokong parti perkauman yang sempit sebaliknya memberi peluang untuk Pakatan Rakyat meneruskan agenda pembangunan ekonomi negeri. - mks. _

Tiada ulasan: