Isnin, 4 Mei 2009

1Malaysia, bebaskanlah media

Oleh Faisal Mustaffa


Hari Kebebasan media jatuh pada tanggal 3 Mei setiap tahun. Bersempena dengan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau.

Dalam sebuah Negara yang berpegang kepada demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), amalan media yang bebas menjadi pegangan.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai akta khusus bagi mencengkam kebebasan tersebut. Akta Percetakan dan Penerbitan menjadi kekangan dalam perihal ini. Sebarang penerbitan termaktub dalam akta ini termasuk pihak kerajaan mempunyai kuasa bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan tersebut.

Semasa pilihan raya umum yang lalu, pengundi telah member isyarat yang agak kuat bahawa mereka mahukan media yang lebih bebas. Mengikut beberapa kajian yang dijalankan, tujuh hari sebelum pemilihan, New Straits Time memaparkan 17 halamannya mengutuk parti alternatif khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Ini mendatangkan impak yang disebalik kerana kecaman-kecaman yang berlebihan tersebut bukan hanya telah menimbulkan rasa marah pengundi malah telah mendatangkan rasa belas kepada bekas Perdana Menteri itu.

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di Perak 7 Mei, had telah diberikan kepada media maya. Sekatan tersebut diberikan oleh kerajaan BN Perak. Pendekatan tersebut amat bertentangan dengan konsep “1 Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekurang-kurangnya, bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi telah mula member kelonggaran kepada media maya dalam menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Tetapi, sekarang nampaknya tahap media kembali selangkah demi selangkah ke belakang.

Selain itu, kerajaan pusat juga menggunakan Akta Multimedia dan Kumunikasi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi member ugutan kepada blogger dan pihak yang turut serta dalam memberi komen di dalam beberapa laman.

Semasa kemelut perampasan kuasa kerajaan perak, Kementerian Multimedia dan Komunikasi telah mengambil tindakan yang tidak diplomatik dengan mendakwa blogger.

Pada September 2008, satu lagi penghakisan dalam kebebasan media apabila Raja Petra Kamarudin (pengendali laman Malaysia-Today ), Teresa Kok (anggota exco negeri Selangor) dan Tan Hoon Cheng (wartawan) dikenakan tindakan di bawah ISA. Raja Petra kini sedang dalam perlindungan kerana khuatir akan dikenakan di bawah akta yang sama buat kali ketiga.

Pada Oktober lalu, Teresa telah memfailkan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO sebanyak RM30 juta selepas beliau dibebaskan.

Peralihan kuasa kepada Najib April 2009 lalu menunjukkan bahawa Negara kita hampir mengecapi sedikit ruang cahaya sehinggakan ianya ditutup kembali…kembali ke era Mahathir suatu waktu dahulu.

Pada sepanjang tahun 2006, sebanyak 115 surat tunjuk sebab telah dikeluarkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan. Dalam jangkamasa yang sama, empat akhbar telah diharamkan, dua ‘digantung tidak bertali’.

Misalnya, dalam pemberian lessen penerbitan, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, Syed Hamid Albar yang telah memberi kelonggaran supaya penerbitan dari parti politik dilakukan sekali sahaja (sebelum ini setiap parti politik yang memohon untuk penerbitan perlu menghidupkan kembali lessen penerbitan mereka setiap tahun).

Sehingga ke penghujung tahun 2008, usaha tersebut menjadi retorik. Pada 16 April 2008, Menteri Dalam Negeri telah mengharamkan akbar harian “Makkal Osai”. Protes dari masyarakat India serta pejuang kebebasan media akhirnya kerajaan akur dan menarik balik pengharaman tersebut pada 25 April.

Dalam satu kajiselidik yang dijalankan oleh Centre for Independent Journalism (CIJ) with the Merdeka Center for Opinion Research, 80 peratus dripada respinden (dari jumlah 1,203) berpendapat pemilikan media terhadap kerajaan dan mahu melihat media lebih bebas.

Apa yang diharapkan di bawah pimpinan Najib, langkah pertama yang beliau perlu ambil ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mencengkam media di Negara ini.

Tiada ulasan: