Isnin, 4 Mei 2009

Calon BN di Penanti diumum hari ini

MALAYSIA KINI


Sehingga tamat mesyuarat biro politik di pejabat perdana menteri awal petang ini, tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung calon pilihanraya kecil DUN Penanti.

Hampir sepuluh pemberita dan jurugambar yang menunggu di pos pengawal bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sejak jam 12.30 pulang dengan kecewa.

Mereka gagal mendapat sebarang maklumat berhubung butiran mesyuarat tersebut, seperti telah dimaklumkan terlebih awal.

Petugas media itu bagaimanapun enggan beredar.Difahamkan, Najib akan mengumumkan perkara itu di Sabah, petang atau malam ini.

Beliau dijadual terbang ke sana jam 3 petang ini untuk menghadir majlis makan malam dan persembahan kebudayaan di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

BN sebelum ini dilaporkan tidak bersedia meletakkan calon dalam pilihanraya itu yang akan berlangsung antara 23 hingga 31 Mei ini.

PKR sejak minggu lepas meletakkan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan 16 April lalu.

Tiada ulasan: