Khamis, 16 April 2009

Bangunan baru IJN beroperasi Julai depan

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) dijangka memulakan operasi di kompleks barunya bersebelahan bangunan sekarang di Jalan Tun Razak di sini awal Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, kompleks baru IJN itu akan menempatkan dua bilik pembedahan, 212 wad dan 35 klinik yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi.

Menurutnya, dengan kemudahan lebih banyak dan lengkap itu, pihaknya yakin akan mengatasi masalah menunggu di kalangan pesakit khususnya untuk pembedahan.

“Kita harap dengan pembesaran bangunan, tambahan kemudahan dan peralatan ini, IJN akan mampu beri perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di IJN hari ini.

Tiada ulasan: