Oleh: Mooor Azmah Ibrahim
KUALA LUMPUR – Suasana di Mahkamah Majistret di sini hari ini kecoh apabila peguam terkenal, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertindak mencampakkan writ saman dan perintah mahkamah ke lantai selepas penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin enggan menerimanya.
Sebaik Raja Petra tiba di mahkamah bagi prosiding sebutan kes tuduhan memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua lagi pada kira-kira pukul 11 pagi ini, Shafee dilihat mendekati pengendali blog Malaysia Today itu sambil memperkenalkan diri dan menghulurkan dokumen tersebut.
Ekoran perbuatan Raja Petra yang tidak menghiraukannya, Shafee tiba-tiba naik berang dan mencampakkan dokumen tersebut ke lantai berhampiran kaki Raja Petra sehingga mengejutkan semua yang hadir. Raja
Raja Petra yang ditemani dua peguamnya, J. Chandra dan Amarjeet Singh Sidhu serta isterinya, Marina Lee Abdullah kemudian duduk di galeri awam tanpa menoleh sedikit pun ke arah Shafee yang turut berada dalam mahkamah.
Kejadian yang berlaku selama beberapa minit itu dirakamkan dengan kamera oleh seorang pekerja Shafee. Malah, peguam itu turut merakamkan sendiri foto dokumen yang dibiarkan di lantai sebagai bukti ia telah
Pada Rabu lalu, Shafee berjaya mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi di sini agar Raja Petra menarik balik tiga artikel yang disiarkan di dalam blog Malaysia Today yang didakwa memfitnahnya.
Tiga artikel yang disiarkan pada 6, 7 dan 11 Ogos lalu ialah Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire; Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.
Dalam perintah tersebut, Hakim Datuk Tee Ah Sing mengarahkan Raja Petra menarik balik komen-komen yang dihantar kepada artikel berkenaan dan mendedahkan identiti penulis serta sumber isi kandungan artikel itu.
Shafee hadir di Mahkamah Majistret seawal pukul 9 pagi hari ini bagi menyerahkan sendiri perintah serta writ saman tersebut selepas Raja Petra dikatakan enggan menjawab panggilannya.
“Kalau dia gagal patuhi arahan mahkamah ini, saya akan pohon perintah hina mahkamah terhadapnya. Tidak kira sama ada ia akan mengambil masa sehingga dua tahun atau seumur hidup saya.
“Dia bukan sahaja berbohong dalam kes ini, malah kes-kes lain juga. Dia pilih orang yang salah. Saya cabar dia untuk hadir ke mahkamah dan buktikan isi kandungan artikel tersebut,” katanya.
Raja
Katanya, dia bukan sahaja tidak menjawab panggilan Shafee, malah panggilan sesiapa sahaja yang tidak dikenali kerana bimbang pemanggil mempunyai niat yang tidak baik.
Peguamnya, Amarjeet pula menyifatkan tindakan Shafee menyerahkan saman di dalam mahkamah sebagai satu tindakan menghina mahkamah dan beliau akan menerimanya jika ia tidak dicampak.
Sebaik prosiding kes Raja Petra selesai, dokumen tersebut didapati hilang. Kedua-dua pihak apabila ditanya masing-masing menafikan mengambil dokumen tersebut.
Dalam pada itu, Majistret Nazran Mohd. Sham hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes Raja Petra didakwa memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri ke Mahkamah Sesyen.
Beliau memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Amir Nasruddin membuat permohonan untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 177 Kanun Tatacara Jenayah.
Katanya, kes itu perlu dipindahkan atas alasan ia melibatkan kepentingan awam berikutan akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra itu melibatkan personaliti yang diketahui umum.
Semasa di Mahkamah Sesyen, Raja Petra sekali lagi enggan memberi maklum balas dengan alasan pertuduhan terhadapnya cacat dan berniat jahat selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.
Dalam kes itu, Raja Petra didakwa memfitnah Rosmah, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan Kolonel Norhayati Hassan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpah yang diikrarkan di Mahkamah Tinggi Sivil 5, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada pukul 10.25 pagi, 18 Jun lalu.
Raja
Jika sabit kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat mulai 24 November ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan