Mampukah BN rungkai soal calon di Permatang Pauh?
Mohd Sabri Said
Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk menentang calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen P44 Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Selain nama beliau ada dua lagi nama yang berebut untuk mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana memberi laluan kepada suaminya bertanding bagi mencapai impian menjadi Perdana Menteri keenam.
Dua nama tersebut ialah bekas calon BN semasa Pilihan raya Umum ke-11 dan 12, Dato' Pirdaus Ismail dan bekas Ahli Parlimen Nibung Tebal, Dato' Zainol Abidin Othman.
Dato' Pirdaus dikatakan terlalu ingin mencuba nasibnya sekali lgi untuk membalas dendam terhadap kekalahannya dalam pilihan raya umum lepas.
Ini kerana, selepas merasai kekalahan kedua berturut-turut di tangan isteri Anwar beliau begitu marah dengan jentera Umno Permatang Pauh kerana memberinya maklumat salah tentang kehebatan Umno bahagian sehingga membuatnya menyepi diri buat seketika sehinggalah kerusi parlimen tersebut dikosongkan semula.
Walaupun beliau pernah menjadi ayam tambatan Umno namun, Dato' Jalil sebagai orang yang berkuasa penuh nampak gayanya tidak begitu yakin dengan kebangitan kembali bekas Imam Besar Masjid Negara itu.
Manakala Dato' Zainal Abidin Othman walaupun mempunyai karisma kerana ketokohannya dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar tetapi beliau bukanya orang Permatang Pauh sebagaimana yang dimahukan oleh Ketua Bahagian.
Sebelum itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Noor mempelawa diri bertanding melawan bekas bosnya tetapi usahanya agak terhalang ekoran tidak mendapat restu Dato' Jalil yang lebih pentingkan tokoh tempatan kerana jika kalah nama Umno tidak bertambah buruk lagi.
Harakahdaily dimaklumkan sebelum ini Umno
Jadi, kini Umno Permatang Pauh masih tercari-cari siapakah yang diharapkan menjadi saingan terdekat kepada kepimpinan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Namun apapun, semuanya akan terjawab tidak lama lagi lebih-lebih lagi pada hari penamaan calon pada 16 Ogos ini. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan