Jumaat, 21 September 2018

Larangan straw plastik hanya untuk pengusaha kedai makan

Straw minuman plastik akan diharamkan mulai Januari 2019. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman plastik berkuatkuasa 1 Januari 2020 ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang merupakan pemegang lesen dan bukan orang ramai.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019.

“Pada masa yang sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuatkuasa, katanya.
Adnan berkata pihaknya juga akan mengecualikan sebarang tindakan kepada golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan-bahan plastik dalam kehidupan harian mereka.

Sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional, katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan.

Tiada ulasan: