Isnin, 9 April 2018

DAP, PKR Sabah guna logo masing-masing PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah akan terus menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Mengesahkan perkara itu, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata, DAP dan PKR di negeri ini telah bersetuju untuk menggunakan logo parti masing-masing serta tidak mengikut keputusan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Kami akan terus menggunakan logo parti masing-masing pada PRU14 ini. Ini kerana di Sabah (berbeza) tiada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding.
 
"Oleh itu, tiada sebab untuk kami menggunakan satu logo sahaja iaitu logo PKR. Semua parti komponen Pakatan Harapan di Sabah diluluskan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
 
DAP dan PKR akan bersama-sama Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk meneruskan tradisi sebagai pembangkang pada PRU14.
 
Baru-baru ini, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ada menerima tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk berbincang mengenai peruntukan kerusi bagi PRU14.
 
Sementara itu, perkara sama turut dinyatakan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew apabila PKR dan DAP akan menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.
 
 

Tiada ulasan: