Ahad, 22 Oktober 2017

Hina Bugis : Wakil Kerabat Selangor Lapor Polis Ke Atas Tun M



SHAH ALAM – Wakil Kerabat Diraja Selangor, Prof. Datuk Dr. Tengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah al-Haj membuat laporan polis ke atas pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam kerana menghina keturunan Bugis.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Melayu Bugis Selangor Daerah Sepang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada pukul 4.30 petang.

“Ucapan Mahathir menghasut rakyat untuk menghina, membenci dan memandang serong terhadap keturunan Bugis. Ucapan tersebut juga amat menganggu keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

“Tohmahan Mahathir tersebut jelas menggolongkan keturunan Bugis berasal dari golongan lanun dan penjenayah,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Tengku Jamaluddin berkata, beliau sebagai wakil kerabat diraja Selangor bersalahsilah Raja Bugis membuat laporan polis kerana kenyataan Mahathir itu menghasut rakyat rakyat supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin daripada kaum Bugis.

“Saya berharap tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau mana-mana peruntukan undang-undangn yang berkenaan diambil keatas Mahathir,” katanya.

Mahathir bertindak meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gara-gara kepentingan peribadinya tidak dilayan oleh pihak kerajaan.

Beliau kemudian berjaya `dipancing’ dan dipergunakan oleh Pakatan Pembangkang yang dibarisi DAP, PKR dan PAN untuk memperkuatkan kempen pembangkang memburuk-burukkan kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: