Rabu, 11 Oktober 2017

Boy Iman direman lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUBANG PASU: Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali sebagai Boy Iman direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
 
Turut sama direman adalah tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berusia antara 30 hingga 45 tahun, termasuk seorang wanita.
 
Perintah tahanan reman terbabit dikeluarkan Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  
 
Ini merupakan kali kelima Boy Iman direman bagi membantu siasatan kes berkenaan. 
 
Pelakon itu dibebaskan semalam, namun ditahan kembali tidak lama kemudian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kira-kira 1.00 petang, sebelum dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini untuk direman. 
 
Ia susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan terbaru di Selangor.
 
Dilaporkan, sehingga kini terdapat 203 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.
 
 

Tiada ulasan: