Selasa, 4 Oktober 2016

Sambutan hangat Jelajah 1MDB , PKR Pahang rakam penghargaan

MALAYSIA DATELINE
Dr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri PahangDr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang


Sambutan kira-kira 5,000 warga felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbiran negara, pada masa kini.

Pengarah Komunikasi Keadilan Pahang, dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada MPN Pahang serta Keadilan Cabang Bera selaku tuan rumah
majlis itu.

"Program Jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang yang telah diadakan pada 02 Okt 2016 di Simpang Kepayang amat Berjaya dengan cemerlang," katanya.

"Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera yang terlibat termasuk dari luar kawasan Bera, kepada semua pihak yang telah memainkan peranan mempromosikan program ini sehingga mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

"Tanpa kerjasama semua pihak, kami yakin program ini tidak akan berjaya,"
Kepada sekelian yang hadir beliau menyampaikan penghargaan atas sokonagn semua.

"Juga saya ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam program ini dengan harapan semoga program ini memberi manafaat kepada kita bersama di dalam melakar perubahan," katanya.

Beliau berharap misi tawan felda, tawan Pahang seterusnya mengambil alih Putrajaya akan tercapai dengan berkat usaha gigih dan penyatuan kita bersama.

"Ketepikan perbezaan, hampiri persamaan, Insya Allah, kita berjaya," katanya

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di majlis itu berkata, masyarakat felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.

“Momentum ini menjadikan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.

“Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja untuk mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta,” katanya.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah juga pimpinan tinggi pembangkang.

Rata-rata program berlangsung di Simpang Kepayang, di sini menyaksikan kehadiran golongan muda dan turut menarik kehadiran anak-anak tempatan.

Bera dianggap sebagai salah satu kubu kuat bagi Umno, selain penyandangnya, Datuk Seri Ismail Sabri dipilih sebagai Menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin optimis pola pengundian masyarakat felda khususnya di Bera boleh berpihak kepada komponen pembangkang susulan pelbagai skandal kewangan Perdana Menteri.

“Untuk lakukan perubahan ini bukan menteri kita tetapi rakyat berkuasa, malahan maruah negara ini terletak pada kuasa perubahan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: