Khamis, 6 Oktober 2016

Rafizi Bawa Masuk Pegawai Risikan Amerika Syarikat Bantu Kempen PRU 14




ndi


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan telah membawa masuk seorang pegawai risikan daripada Amerika Syarikat untuk bekerja dengan NGO beliau – Invoke – dalam usaha membantu kempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pegawai risikan yang dimaksudkan itu ialah Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Claster kini dilaporkan telah menjadi salah seorang sukarelawan Invoke, yang membantu NGO PKR itu dengan program analisis data pengundi.

“Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya,” kata Claster kepada Malaysiakini.

Claster adalah Naib Presiden Penn, Schoen & Berland Associates (PSB) yang berkempen untuk pemilihan semula Senator Hillary Rodham Clinton. Sebelum menyertai PSB, Andrew bekerja di Bank Dunia.

Tiada ulasan: