Isnin, 3 Oktober 2016

PRU-14: Najib perlu gentar dengan undi anak muda -Zam

INTAN NUR IDAYU


Zainnuddin-Najib-UMNO


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima hakikat anak muda tidak lagi menyokong beliau.

Menurut Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin, ini adalah berikutan daripada ratusan anak muda yang berebut untuk mendaftar mengundi di pejabat pos seluruh negara.

“Semalam, tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum  telah hampir dan pendaftaran akan ditutup.

“Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan Umno, Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya, hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong Umno sekarang tetapi banyak veteran Umno juga telah tidak percaya lagi kepada Umno dan mencari borang BERSATU (Parti Primbumi Bersatu Malaysia).

“Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya  undi kepada UMNO dalam Pilihanraya  UMUM akan datang. Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri,” kata Zainuddin yang lebih mesra dengan nama Zam itu dalam satu posting terbaru di blognya.

Difahamkan, sejak kebelakangan ini heboh di laman sosial apabila tarikh akhir bagi mendaftar mengundi adalah pada 30 September.

Katanya, jika gagal mendaftar sebelum 30 September individu tersebut tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umun (PRU) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

Jangkanya, PRU akan diadakan seawalnya pada bulan Mac dan palinh lewat pada bulan September.

Walaubagaimanapun, Najib baru-baru ini mengesahkan beliau masih belum membuat keputusan sama ada pilihan raya akan dibuat tahun hadapan ataupun tidak.


Tiada ulasan: