Isnin, 3 Oktober 2016

Keputusan PAS tidak sertai Bersih 5 sudah dijangka, kata Maria

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bersih 2.0 sudah menjangkakan keputusan PAS yang tidak mahu menyertai Himpunan Bersih 5.
 
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah bagaimanapun berkata mereka menghormati keputusan berkenaan.
 
"Kami hormati keputusan PAS dan kami maklum mengenainya lebih awal.
 
"Perhimpunan akan berlangsung seperti biasa dan bukan PAS atau pihak lain untuk membuat keputusan untuk kami," katanya.
 
Malah beliau berkata ketiadaan PAS itu bukan satu alasan himpunan kali ini akan 'mengulangi' sejarah Bersih 4 yang menyaksikan penyertaan daripada majoriti kaum Cina sahaja. 
 
Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai Bersih 5 yang dijadualkan diadakan 19 November ini. 
 
Ujar Takiyuddin, keengganan itu disebabkan parti itu merasakan objektif Bersih 5 kini sudah tersasar.
 
Apatah lagi katanya, PAS kini mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).
 
Namun kata beliau, ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi. 
 
 

Tiada ulasan: