Ahad, 23 Oktober 2016

Kenapa tolak orang yang dipilih TG Nik Aziz?


DETIK DAILY


 

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perjuangan Islam tidak pernah terlepas daripada cabaran sepanjang masa."Apa yang berlaku di Kelantan merupakan ulangan daripada sejarah atau kisah itu, cuma bentuk berbeza dan pelakonnya yang berlainan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena 26 tahun pemerintahan PAS dengan dasar Membangun Bersama Islam di sini malam tadi.

Naib Presiden PAS itu menambah lagi, asas perpecahan tersebut sehingga melahirkan parti serpihan, PAN yang rakus terhadap kuasa.

Menurutnya, bukan kerajaan yang ditadbir dengan syariat Islam tidak bersalah, namun apa yang menjadi masalah ialah kerana kerakusan kuasa.

"Orang yang hendak kepada kuasa tetapi tidak mendapat kuasa, dia rasa dia lebih baik daripada orang lain, dia lebih layak memerintah dari orang lain.

"Sikap kita (PAS) kalau dia (PAN) mengaku ikut arwah Tuan Guru (Nik Aziz), dia kena ikut juga Menteri Besar, Datuk Ahmad kerana pemilihan itu dibuat dalam Dewan Harian.

"Tuan Guru pilih sendiri, jadi tidak kena kalau sokong Tuan Guru, sayang Tuan Guru, tiba-tiba orang yang dipilih oleh Tuan Guru Nik Aziz ditolak," katanya.

Tiada ulasan: