Isnin, 3 Oktober 2016

Jemputan rasmi Permata kepada Bee Yin tak pernah batal

Rizal Mansor
Rizal Mansor - Sumber internet


SHAH ALAM – Tidak ada sebarang halangan bagi Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin untuk berkunjung ke program Permata Negara (Permata), kata pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah membatalkan jemputan rasmi yang diberikan kepada Bee Yin.

Bagaimanapun Rizal menetapkan syarat yang Bee Yin perlu mengadakan sidang akhbar untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi berbilion ringgit melibatkan kerajaan DAP dengan pembinaan terowong Pulau Pinang.

“Dalam masa tiga hari selepas lawatan itu, Bee Yin mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar menjemput semua media sebagai balasan lawatan ini.

“Ini juga adalah hak saya untuk menuntut ketelusan daripadanya. Hak saya untuk meminta Bee Yin menjelaskan secara terperinci yang melibatkan dana negeri berbilion ringgit dalam projek itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Rizal memberitahu Been Yee supaya melihat keadaan DAP terlebih dahulu sebelum mempersoalkan akaun bagi program pendidikan awal kanak-kanak berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Teliti dahulu akaun DAP, bukannya Permata]

Permata diketuai isteri Perdana Menteri selaku penaung dengan peruntukan RM30.1 juta dalam bajet kerajaan 2015.


Tiada ulasan: