Jumaat, 7 Oktober 2016

Dakwa Bersih diserapi Daesh, Maria saman Jamal

Maria Chin gagal batalkan pertuduhan
Maria Chin - sumber internet


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan militan Daesh.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi dengan menamakan Jamal sebagai defendan.

Melalui selaku plaintif pernyataan tuntutannya, Maria Chin berkata, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Melayu mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September lalu.

Maria turut mendakwa Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) mengeluarkan perkataan fitnah kedua dalam sidang media yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober lalu.

Plaintif berkata, perkataan fitnah itu kemudian disiarkan dalam media cetak dan elektronik serta di portal berita seluruh negara.

Perkataan fitnah itu katanya membawa maksud beliau seorang yang ganas dan tidak mematuhi undang-undang serta seorang ejen Daesh.

Maria Chin berkata, ia juga membawa maksud bahawa beliau bersubahat dengan kumpulan pengganas dan terbabit dengan keganasan.

Dengan itu, Maria Chin menuntut  Jamal membayar ganti rugi am dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalangnya daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terbabit.


Tiada ulasan: