Selasa, 8 Disember 2015

Video dakwa Tun M tidak bersih, guna dana kerajaan

 
Video cuba menjelaskan mengapa dan bagaimana dana politik diperoleh dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak selalunya bersih demi kekal berkuasa


mahathir_talk_Sunnis_600


PETALING JAYA: Satu video yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak selalunya bersih kini tersebar di ruang maya.

Video selama 5.53 minit itu dimuatnaik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ngelaban pada 5 Disember. Ia memaparkan naratif yang mudah difahami untuk menjelaskan bagaimana Dr. Mahathir memperoleh biaya politik.

Video itu mendakwa Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menggunakan dana kerajaan untuk melabur dalam syarikat-syarikat milik hartawan-hartawan terkemuka tanahair. Mereka kemudian menyumbangkan sebahagian keuntungan syarikat kepada aktiviti politik beliau.

“Sepatutnya, jika Tun menggunakan dana kerajaan untuk pelaburan, keuntungan haruslah 100% pergi kepada rakyat,” dakwa video itu, tetapi bukan terhadap Dr. Mahathir secara langsung atau pemilik syarikat-syarikat yang berkenaan.

“Bukankah ini satu pencurian daripada rakyat?”

Video itu juga mendakwa Pakatan Rakyat dan rakannya iaitu DAP gemar menghebahkan majlis pungut derma tetapi itu bagi menyembunyikan penyumbang dana terbesar mereka.

Ia seterusnya berkata kedua-dua contoh itu berbeza dengan Najib yang menerima dana dari dermawan di Timur Tengah, tetapi ada usaha untuk mengaitkan wang itu kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tetapi adakah ia terbukti? Masih belum lagi sehingga hari ini,” menurut video itu, dan menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengistiharkan RM2.6 bilion tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Video itu menegaskan sekali lagi dakwaan Najib kononnya derma itu bagi memastikan kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya dan menafikan DAP, parti bukan Islam terbesar di Malaysia dalam pakatan pembangkang.

Video itu mendakwa Dr. Mahathir – yang turun menyaksikan Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini – menyerang Najib dengan teruk kerana beliau mahu negara ini diperintah dengan cara beliau dan semua yang berlaku hari ini angkara “power play”.

Video itu memetik kecenderungan kuku besi Dr. Mahathir seperti mendesak penubuhan majlis penasihat yang akan diketuai beliau, langkah yang video itu mendakwa akan melemahkan demokrasi di Malaysia.

Dr. Mahathir juga didakwa telah berbohong mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion untuk menurunkan Najib.

Video itu menyarankan Dr. Mahathir yang berumur 90 tahun itu bersara dan memberi peluang kepada orang-orang muda mencipta kejayaan mereka sendiri.

1 ulasan:

xairlinepilot berkata...

Masalahnya, TDM duit masuk account Umno, Najib Bugis Pondan masuk dlm account sendiri. AMLA pula tu...