Selasa, 8 Disember 2015

Pas tidak akan menyelamatkan UMNO

 
Kenyataan yang dibuat oleh Najib di saat kemelut yang melanda dalam UMNO-BN merupakan usaha mengalih isu sebenar yang melanda Perdana Menteri.


Tuan Ibrahim Tuan Man


PETALING JAYA : Pas tidak mahu menjadi penyelamat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dibelit kebobrokan politik Umno.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mendakwa parti Islam itu menunjukkan tanda-tanda mengalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno.

Menurut Tuan Ibrahim, Najib cuba mengalihkan isu sebenar yang melanda dirinya.

“Pas kekal dengan dasar Islam yang bercanggah dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

“Tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan UMNO yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan Pas,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Najib dalam temubualnya berkata, langkah sebahagian besar wakil rakyat Pas yang berkecuali semasa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lalu menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memberi contoh penindasan dan kezaliman yang ditunjukkan oleh UMNO dan BN terhadap kepimpinan parti itu.

“Terengganu di saat Pas menang terus dinafikan hak royalti. Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk dibentang.

“Apakah PAS akan percaya di saat UMNO tertekan mereka mencari Pas,” soalnya.

Tiada ulasan: