Sabtu, 19 Disember 2015

EXCO: Hadiah Sastera Selangor tersedia tetapi tergendala

 
Terdapat sedikit kesilapan teknikal namun EXCO berjanji isu tersebut akan selesai.


amir,selangor


KUALA SELANGOR: EXCO Negeri Selangor berkata isu tidak memberikan wang hadiah tidak seharusnya timbul ekoran wang hadiah Sastera Selangorkini telah disediakan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari mengakui bahawa mungkin terdapat sedikit kesilapan teknikal namun berjanji isu tersebut akan selesai.

“Saya kena semak balik, sepatutnya semua dah dapat. Kita akan uruskan. Semua cek sudah ada. Saya akan pastikan sebelum akhir tahun ini selesai,” katanya sewaktu dihubungi FMT pada Sabtu.

Amirudin berkata faktor keselamatan antara alasan kelewatan ini, selain terdapat segelintir pemenang yang tidak hadir pada majlis penyampaian hadiah.

“Kita kena pastikan nama dan nombor kad pengenalan di dalam cek tersebut betul. Ada yang tak datang pada majlis tersebut,” jelasnya.

Sebelum ini, pengguna Facebook Shahrul Rock telah memuat naik status yang menyatakan pemenang Hadiah Sastera Selangorkini masih tidak menerima cek kemenangan walaupun keputusan pemenang telah diumumkan.

Tiada ulasan: