BERNAMA
Mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga penaung Pertubuhan Kebajikan Islam
(Perkim), berkata Muslim perlu menganggap mualaf sebagai saudara. - Foto
TRP/Azrol Ali
PUTRAJAYA, Mereka yang baru memeluk agama Islam tidak patut didiskriminasi oleh komuniti Muslim dan dianggap sebagai ‘Muslim kelas kedua’.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad, yang juga penaung Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim), berkata
Muslim perlu menganggap mualaf sebagai saudara.
“Tidak boleh ada diskriminasi.
Kadang-kadang kita merasakan mereka Muslim kelas kedua. Itu salah. Tiada
perbezaan antara seorang Muslim dan yang lain kecuali dari segi taqwa.
“Itu (taqwa) merupakan satu-satunya
perkara yang membezakan kita,” katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Muslim Berbilang Kaum
anjuran Perkim, pada Jumaat.
Seminar dua hari bermula semalam
bertujuan untuk mengukuhkan solidariti Muslim dan menjadi platform
mengumpul idea dan pendapat dalam menyatukan masyarakat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan