Isnin, 5 Oktober 2015

WSJ tak akan ketepi apa jua pembelaan jika disaman Najib

MALAYSIAKINI


 


Jawapan balas akhbar harian AS, Wall Street Journal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak menyatakan sama ada ia akan menggunakan Akta Speech sebagai pembelaannya, kata peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Hafarizam memberitahu Malay Mail Online bahawa jawapan balas WSJ penerbit Dow Jones & Company melalui Tetuan Rodyk & Davidson LLP tidak cukup menjawab pertanyaan Najib.

Najib telah menghantar surat guaman kepada WSJ, bertanya sama ada ia akan memohon menggunakan Akta Speech AS jika Najib menyaman akhbar itu berkaitan laporan mengenai dakwaan dana dijumpai dalam akaun bank perdana menteri.

Hafarizam memberitahu portal berita itu bahawa jawapan balas WSJ, pada dasarnya tidak menjawab secara jelas sama ada WSJ akan atau tidak akan memohon menggunakan Akta Speech AS.

Hafarizam tidak mendedahkan tindakan Najib seterusnya, atas alasan kerahsiaan.

Penerbit WSJ Dow Jones & Company dalam satu emel kepada Malaysiakini berkata ia tidak akan mengetepikan apa juga pembelaan dalam berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang oleh Najib (gambar). Ia tidak menyatakan apakah pembelaan tersebut.

"Kami telah menghantar surat yang lain dalam jawapan balas itu dan telah mengesahkan bahawa kami tidak akan mengenepikan apa jua pembelaan kita," kata jurucakap Dow Jones & Company sambil menambah bahawa pihaknya mempertahankan laporan itu yang menurut adalah adil dan betul.

WSJ antara lain melaporkan Najib menerima AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun bank peribadinya.

Najib berkata, wang itu adalah sumbangan politik tetapi tidak menyatakan sumbernya.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana datang dari sumber dari Timur Tengah.

Akta Speech melindungi rakyat Amerika daripada tindakan saman di luar negara.

Minggu lalu, Hafarizam memberitahu pemberita bahawa Najib perlu tahu sama ada WSJ akan menggunakan Akta Speech kerana beliau tidak mahu sebarang apa penghakiman terhadap WSJ di Malaysia, yang tidak berguna di Amerika Syarikat.

Hafarizam berkata undang-undang AS menyatakan bahawa penghakiman terhadap penerbitan di Malaysia tidak boleh dikuatkuasakan jika ia didapati undang-undang Malaysia tidak konsisten dengan undang-undang kebebasan bersuara AS.

Ini mendorong bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan mengapa Najib sebaliknya tidak memfailkan tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat. Mkini English


Tiada ulasan: