Isnin, 26 Oktober 2015

Sepanduk ‘Mana RM2.6b?’ muncul kali kedua

Kow Gah Chie


 


PARLIMEN Ahli Pembangkang sekali lagi menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion?’ hari ini semasa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Ia dinaikkan sebaik sahaja Lim (DAP-Bagan) menyentuh mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wang itu didakwa sebagai sumbangan ‘derma’ dari Asia Barat dan perdana menteri menafikan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.

Sepanduk itu pertama kali dinaikkan ketika Najib mengakhiri ucapan pembentangan bajet Jumaat lalu.

Pemimpin-pemimpin kerajaan menyifatkan perbuatan itu sebagai "kebudak-budakan" dan mengingatkan pembangkang tidak menjadikan parlimen sebagai sarkas.

Tiada ulasan: