Ahad, 18 Oktober 2015

Rakyat tolak kenyataan menteri

 
Ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat


Mustapa-Mohamed_tppa_new_600


PETALING JAYA: Masyarakat didakwa sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ia susulan kenyataan Mustapa yang memaklumkan bahawa TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.

Portal Ismaweb melaporkan, di laman sosial Faceboook, ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan.

“Orang dah tak percaya dah, junjung Al-Quran pun belum tentu orang percaya,” kata pemilik akaun bernama Kamaruzaman Man.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Al Bakari menyifatkan kenyataan Mustapa sama seperti janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Permulaan bolehlah cakap. Tengok GST, kata harga barang akan turun apabila laksana, semua barang naik,” katanya.Abah Jaafar pula berkata, Malaysia tidak akan papa kedana sekiranya tidak menyertai TPPA.

Mustapa pada Majlis Sesi Penjelasan Tentang TPPA anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini berkata, kerajaan akan terus memastikan agenda Bumiputera dan hak kerajaan tidak terjejas sekiranya TPPA ditandatangani.

Tiada ulasan: