Rabu, 14 Oktober 2015

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa


Oleh  Datuk Iskandar A Samad

 
PAS Selangor menerima penjelasan daripada PAS Pusat di mana PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman.

Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembelingkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN.

* Datuk Iskandar A Samad ialah pesuruhjaya PAS Selangor.

Tiada ulasan: