Isnin, 12 Oktober 2015

Ketegasan Zeti satu jihad yang besar - Mufti Perlis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji ketegasan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam memelihara ekonomi negara, yang disifatkannya sebagai satu jihad yang besar. 
 
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar," katanya dalam satu posting di Facebook.
 
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion).
 
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah wang ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.
 
Di bawah siasatannya, BNM merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
 
"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," menurut BNM.
 
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara menolak saranan BNM berhubung pendakwaan 1MDB, dan Jabatan itu mengulangi bahawa 1MDB tidak salah.
 
Sebagai hasil daripada siasatan, Bank Negara berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA. 
 
Bank Negara berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
 

Tiada ulasan: