Jumaat, 23 Oktober 2015

Kerajaan kutip RM39 bilion menerusi GST

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding jika kerajaan menerusikan SST yang hanya memberi pendapatan sebanyak RM18 bilion.


budget_gst_600


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah yang tepat.

Perdana Menteri berkata, pendapatan kerajaan terus meningkat sejak GST diperkenalkan 1 April lalu berbanding jika kerajaan meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Jika kita terus menggunakan SST, kita hanya mampu mengutip sebanyak RM18 bilion.

“Tetapi sejak memperkenalkan GST, hasil kutipan meningkat kepada RM39 bilion ringgit,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Najib menjelaskan bahawa walaupun pelaksanaan GST bukanlah langkah populis tetapi demi menjamin kehidupan rakyat, kerajaan akan terus melaksanakan perkara yang betul.

“Bersyukurlah kerajaan yang ada merupakan kerajaan yang mempunyai iltizam untuk melaksanakan GST. Walapun ada pelbagai halangan,” katanya lagi.

Pada masa sama, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menerima pelaksanaan GST.

“Terima kasih kepada penbangkang kerana faham kenapa kita hendak laksanakan GST.

“Tanpa GST, negara akan mengalami defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan sebanyak 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016,” katanya yang merujuk Bajet Alternatif 2016 Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: