Sabtu, 17 Oktober 2015

Johor berhak tarik diri daripada perjanjian Persekutuan Malaysia-TMJ

 
Ia berdasarkan persetujuan bersama kedua belah pihak yang disepakati di bawah Perjanjian Persekutuan 1948


TMJ


PETALING JAYA : Johor boleh berpisah daripada Persekutuan Malaysia sekiranya syarat yang dipersetujui di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dilanggari.

Pandangan itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang menegaskan perjanjian itu dibuat dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

“Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri.

“Anda boleh menuduh saya memainkan sentimen kenegerian, tetapi pada saya, saya sekadar menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka berkenaan sejarah dan warisan bumi bertuah ini,” titah baginda dalam satu temubual ekslusif bersama dengan sebuah portal bolasepak FourthOfficial.

Sebelum ini, adinda TMJ, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik menerusi laman instagramnya berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Catatan itu turut menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1948 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” tulisnya.

Tiada ulasan: