Jumaat, 16 Oktober 2015

IGP: Ancaman IS benar, bukan sandiwara kembalikan ISA

Adrian Wong  






Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan ancaman daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah benar dan bukan sandiwara kerajaan untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau bagaimanapun kesal kerana ada di kalangan Ahli Parlimen yang tidak mempercayai hakikat itu.

"Masih ada di kalangan kita, termasuk Ahli Parlimen, yang tidak percaya dengan ancaman IS.

"Bagi mereka, IS adalah sandiwara kerajaan. Oleh itu, kami gesa Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak pembangkang dan parti pemerintah untuk menghadiri taklimat polis (berhubung IS).

"Bagi mereka yang sengaja memilih untuk tidak faham, saya berasa kesian dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai jenayah di Akademi Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur.

Khalid berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng bahawa kerajaan secara ‘halus’ cuba menghidupkan semula ISA dengan mengungkit ancaman oleh pihak militan IS.

Lim yang ditemui pemberita selepas forum yang sama, berkata polis memberi bayangan bahawa undang-undang keselamatan yang membenarkan yang membenarkan tahanan tanpa bicara dihidupkan semula.

"Mereka (polis) dakwa menghadapi kesukaran menahan pengganas kerana kekurangan bukti. Mereka dakwa sukar bagi menangani (pengganas) dan adalah lebih mudah pada masa lalu dengan ISA," katanya.

Tiada ulasan: