Khamis, 15 Oktober 2015

Azmin arah firma S'gor naikkan tol hadir MTES

MALAYSIAKINI


 


Dua syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang mempunyai pegangan saham minoriti dalam dua lebuh raya di negeri itu hari ini diarahkan hadir ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), esok.

Dua syarikat berkenaan- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (PKS) - diarahkan supaya menjelaskan kenaikkan kadar tol yang berkuatkuasa esok.

“Saya telah minta PKNS dan Kumpulan Perangsang yang masing masing ada kepentingan minoriti dalam Kesas dan Sprint untuk hadir ke MTES esok.

“MTES akan meneliti maklumbalas dari PKNS dan KPS. Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan rakyat,” katanya dalam beberapa posting di twitter.

Menurut Laporan Tahunan PKS 2014, kerajaan negeri memiliki 20 peratus pegangan saham dalam Lebuh Raya Sprint.

PKNS pula mempunyai 30 peratus saham dalam Lebuh Raya Kesas.

Isnin lalu, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan kenaikan kadar baru tol selepas kerajaan menghentikan subsidi tol.

Tiada ulasan: