KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
hari ini mendakwa mempunyai sokongan majoriti Parlimen untuk menjayakan
usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden PKR itu mendakwa mempunyai sokongan beberapa ahli parlimen BN selain pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
"Saya mempunyai sebab-sebab munasabah dan keyakinan bahawa majoriti
(ahli) Dewan Rakyat seperti bukan sahaja 88 ahli Parlimen pembangkang
tetapi juga (melibatkan) bilangan ahli Parlimen daripada BN yang
mencukupi dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri untuk
menerajui kerajaan," katanya dalam sidang medianya di lobi Parlimen
hari ini.
Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh enggan menamakan siapakah
wakil rakyat berkenaan sebaliknya berkata ia adalah 'suspen'.
"Tunggu dan lihat... suspen (kejutan)," katanya ringkas.
Beliau mengemukakan usul berkenaan sebentar tadi namun ia dijangka
tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kerana tidak memenuhi peraturan
Dewan Rakyat.
"Saya baru hantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri
dengan kapasiti saya selaku Ketua Pembangkang, saya telah mengemukakan
satu usul pada hari ini untuk mengambil ketetapan bahawa Dewan ini tidak
ada lagi kepercayaan terhadap Yang Berhormat Ahli Parlimen Pekan, Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.
Azizah dan Pakatan Harapan (PH) memberitahu mereka nekad untuk
menghantar notis itu meskipun jelas dengan penjelasan Speaker Dewan
Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Undi tidak percaya tidak semestinya melalui usul. Apabila bajet
(bentang esok), jika pembentangan itu (Najib) kalah maka terpaksa
seperti (dibuat) undi tidak percaya.
"Jadi kenapa harus isu (kemuka usul undi tidak percaya) terpaksa dibuat
ketika ini (sahaja) ?,” soal Pandikar kepada pemberita, pada Rabu.
Esok Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2016 yang terpaksa
mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam persekitaran ekonomi global yang
suram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan