Jumaat, 23 Oktober 2015

Ahli Parlimen BN berhak tolak Najib

Ku Li


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menyatakan, ahli Parlimen BN berhak menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, penolakan tersebut berdasarkan kepada isu-isu yang membelenggu diri Najib itu sendiri.

“Tetapi berdasarkan isu-isu tertentu, jika mereka fikir perlu untuk menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, mereka berhak lakukannya,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam.

Namun begitu, beliau berkata, ahli Parlimen BN tidak patut menolak Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib hari ini.

“Saya tidak fikir mereka (ahli Parlimen BN) akan memberi undi tidak percaya kepada belanjawan dibentangkan Najib," katanya.

Ketika ditanya pendiriannya mengenai perkara tersebut, katanya, beliau sentiasa berfikiran terbuka.
“Dengar apa kata mereka terlebih dahulu. Kita datang ke Parlimen dengan hati terbuka untuk mendengar hujah mereka,” katanya.


Tiada ulasan: