Ahad, 25 Oktober 2015

1MDB punca krisis politik berlarutan, perselisihan etnik melebar, kata firma risikan

THE MALAYSIAN INSIDER



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad daripada segi etniknya, langkah yang berpotensi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad daripada segi etniknya, langkah yang berpotensi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha untuk mengatur skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada segi etniknya, satu langkah yang berpotensi "melebarkan pembahagian etnik," kata firma perisikan geopolitik Stratfor dalam analisis terbarunya mengenai perdana menteri yang dilanda masalah itu. 
 
 Menyedari kurangnya penjelasan Najib mengenai hutang syarikat pelaburan negara itu dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, Stratfor menganggap Najib mengambil petunjuk daripada pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kebangkitan Dr Mahathir sendiri, katanya, turut didorong tindakan mengeksploitasi rasa takut orang Melayu dan peribumi.

Najib dan Umno secara senyap-senyap menyokong pergerakan "baju merah" nasionalis Melayu, yang perhimpunannya pada September dihalang pihak polis daripada menyerang Jalan Petaling, sebuah kawasan perniagaan etnik Cina yang terkenal di Kuala Lumpur, Startfor menyatakan dalam analisisnya. 
 
Presiden Umno itu mempertahankan perhimpunan itu dan berkata, ia reaksi kepada perhimpunan Bersih 4 yang mencabar maruah orang Melayu dan kepimpinan negara.

Stratfor berkata, daripada segi strategi politik, ia mungkin kelihatan "sangat asas", tetapi ia juga mencerminkan pengiktirafan rupa bentuk demografi fundamental Malaysia kini berubah, terutama di kalangan orang Cina.

"Sejak 1983, kadar orang Cina berbanding keseluruhan jumlah penduduk Malaysia jatuh lebih 8%, dan kelahiran di kalangan kaum Cina paling rendah di antara kumpulan etnik utama di Malaysia.

"Oleh itu, bagi tujuan politik, daripada berusaha menarik kembali pengundi minoriti, Umno akan semakin berusaha menyelamatkan asasnya dan membiarkan pembangkang terbahagi mengikut garis etnik," katanya.

Ini akan mewujudkan "pembahagian etnik melebar" yang akan mencabar integriti teras negara ini, kata Stratfor dalam analisis bertajuk "Jatuhnya kehormatan Malaysia".

Ia juga memberi amaran, dengan adanya skandal 1MDB dan tekanan ekonomi yang membawa Umno ke dalam pertarungan berlarutan untuk meneruskan hidup, Malaysia berkemungkinan terus jatuh ke dalam suasana ketidaktentuan baru.

Sejak berita RM2.6 bilion itu timbul, Najib berada di bawah tekanan dan mungkin berdepan undi tidak percaya di Parlimen kerana isu ini, yang menyaksikan negara ini melalui pelbagai masalah ekonomi termasuk penurunan nilai ringgit.

Tetapi firma perisikan itu juga menyatakan, kedudukan perdana menteri sangat kukuh, sebahagiannya kerana kurangnya bilangan pembangkang di Parlimen bagi memastikan kejayaan undi tidak percaya itu, dan kerana pengkritiknya sendiri dalam Umno tidak mahu melihat parti itu jatuh.

Stratfor berkata, krisis politik berlarutan itu akan membahayakan "status quo yang diseimbangkan dengan berhati-hati, membolehkan ekonomi Malaysia berkembang tanpa gangguan isu perkauman".


Tiada ulasan: