Rabu, 21 Januari 2015

Tun M: Saya tidak jauhkan diri dari Perkasa


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau sedang menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tidak sependapat.

Dalam tulisan terbaharu di blognya chedet.com, beliau berkata, tidak ada sebab untuk beliau menjauhkan diri kerana beliau tidak pernah terikat dengan NGO itu.

"Saya mengaku saya menyokong pendapat mereka (Perkasa), terutama sekali apabila ia melibatkan pandangan ekstrem daripada golongan bukan Melayu.

"Bagaimanapun, saya harus mengakui saya menyokong pandangan mereka terutama dalam memberi maklum balas pandangan pelampau yang terdiri daripada bukan Melayu," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan cara Perkasa mengendalikan isu-isu perkauman yang sensitif.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, kumpulan itu juga tidak mahu dikaitkan dengannya walaupun masih menghormatinya.

Dr Mahathir berkata, ketika beliau menjadi Perdana Menteri (antara 1981 – 2003), Perkasa belum wujud pun.

Perkasa tidak akan wujud jika tiada (isu) pandangan ekstrem daripada sebilangan bukan Melayu, (yang) mempersoalkan kelebihan dan hak Melayu, padahal orang Melayu sendiri tidak mempersoalkan kelebihan dan hak orang bukan Melayu atau menafikan hak yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan, " tambahnya..

"Jika pada semua, saya boleh berkongsi dengan Perkasa beberapa idea saya dan pemikiran saya mungkin kebetulan sama dengan mereka," katanya lagi

Tiada ulasan: