Khamis, 15 Januari 2015

Ke mana RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen? – Rafizi

KEADILAN DAILY


PETALING JAYA- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru dilantik supaya mendedahkan aktiviti pelaburan yang dibuat syarikat itu.

Ia katanya, termasuk semua maklumat berhubung pinjaman RM4 Bilion yang diambil anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada tahun 2011.

Rafizi

Justeru itu, beliau mencabar Arulkanda Kandasamy menjelaskan kepada umum bagaimana pinjaman dari tabung wang pencen pesara awam itu dibelanjakan, dan apakah hasil pelaburan yang dinikmati negara dari keputusan pelaburan tersebut.

“Kita beri tempoh seminggu, jika tidak ada penjelasan yang memuaskan dari beliau atau pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaburan itu, saya akan mengaturkan supaya wakil-wakil pesara yang mencarum di dalam KWAP mengambil tindakan terhadap 1MDB, KWAP dan menteri kewangan.

“Mereka sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen pesara bagi membiayai pelaburan yang diragui,” tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurutnya, pinjaman tersebut yang dijamin kerajaan pada awalnya bertujuan membuat pelaburan dalam sektor tenaga di Mongolia.

Akhbar The Business Times juga pernah membuat pendedahan berhubung tindakan 1MDB melalui anak syarikatnya membeli syarikat perlombongan bernama Gobi Coal & Energy di negara itu.

“Ini adalah ujian awal kepada Arulkanda di 1MDB, apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soal-soal penting,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau mebidas tuduhan Arulkanda yang mengatakan pen
gkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

Beliau menyifatkan kenyataan Arulkanda bukan sahaja bongkak, tetapi mengetepikan kebimbangan rakyat berhubung pelaburan yang dilakukan syarikat kontrovesi itu.

“Masalah utama adalah kengganan syarikat tersebut berterus terang dan melaporkan secara telus kepada Parlimen mengenai aktivitinya.

“Kurangnya maklumat mengenai pelaburan 1MDB menyebabkan ahli-ahli Parlimen tidak ada pilihan kecuali menjalankan penyiasatan sendiri,” ujarnya.

Tiada ulasan: