Jumaat, 16 Januari 2015

Gerakan: MyEG 'orang tengah terbesar'

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau hari menyatakan bantahan terhadap langkah kerajaan membuat penyumberan luar pembaharuan permit pekerja asing kepada MyEG.

Lau berkata walaupun perkhidmatan atas talian lebih memudahkan dan dapat mengelakkan kerenah birokrasi, tetapi amalan monopoli tidak harus berlaku.

“Gerakan tidak menentang MyEG menambah baik perkhidmatan, tetapi ia tidak harus memonopolinya,” kata Lau.

Dalam kenyataannya hari ini, Lau juga mengkritik dakwaan imigresen bahawa sistem baru itu dapat membuang budaya orang tengah.

Sebaliknya, kata Lau, konsesi itu MyEG bermaksud ia sendiri menjadi “orang tengah terbesar”.

Tiada ulasan: