MALAYSIAKINI
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membangkitkan persoalan sama ada Malaysiakini kini takut kepada hartawan di belakang pesaingnya menjelang sambutan 15 tahunnya pada Rabu ini.
Beliau menimbulkan persoalan itu sebagai reaksi kepada tulisan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan (bawah) berjudul “When only tycoons get to enjoy press freedom” pada 13 November lalu.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam membangkitkan persoalan sama ada Malaysiakini yang “yakin kepada kekuatannya apabila mengenakan bayaran” akan menyambut ulang tahun dalam keadaan tergugat.
“Apakah Malaysian Insider yang menghidangkan berita dan lain- lain bahan bacaan panas percuma kepada pelawatnya sekarang menggugat Malaysiakini yang mengenakan bayaran?
“Adakah Malaysian Insider yang tulang belakangnya adalah taikun atau konglomerat besar Edge Media Group mengancam masa depan Malaysiakini?” soalnya bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu.
Menulis di blognya, Zainuddin juga mengaitkan pandangan Steven dengan
kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1985
mengenai kebebasan media di seluruh dunia.
Soalan Mahathir pada 1993
Mahathir, dalam kenyataan dipetik Zam itu, antaranya berkata, kandungan
media diputuskan oleh pihak yang menguasainya, mungkin daripada golongan
pemilik, pengarang atau syarikat pembeli iklan.
“Perkara paling penting adalah mereka berupaya menapis kebenaran atau mencipta apa jua berita yang mereka suka,” tulis Zam.
Zam juga memetik kenyataan Mahathir (kanan)
pada 1993 di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang
bertanya berkaitan pihak yang mengawal media besar antarabangsa.
Mahathir antaranya dilaporkan berkata, hanya segelintir pihak di barat
yang mengawal media antaranya dan majoriti besarnya bukan wartawan, atau
secara kolektifnya disebut “big brothers”.
“Suatu masa dahulu rakyat mengesyaki dan menciumi tangan asing di Malaysiakini tetapi mungkin oleh kerana beberapa sebab yang difahami olehnya sendiri, maka Malaysiakini tidak lagi diperlukan,” katanya.
“Bagaimanapun saya percaya Steven Gan mempunyai keupayaan luar biasa untuk mencari new master (tuan baru) yang lebih powerful (kuat), lebih gagah dari Edge Media Group dan dengan itu Malaysiakini juga boleh memberikan perkhidmatan percuma dalam keadaan yang dijinakkan.”
Stevan dalam tulisannya mengingatkan pembaca supaya tidak membiarkan kebebasan media dikawal dan dinikmati oleh golongan hartawan semata-mata.
Justeru, kata Steven, mahu atau tidak, pembaca harus menyokong apa yang
mereka percaya dan tidak membiarkan dominasi golongan itu.
"Jika mereka tidak membayar untuk berita, banyak hartawan yang bersedia lakukannya.
“Dan akhirnya, hanya hartawan yang menikmati kebebasan akhbar, bukan rakyat Malaysia,” kata Steven.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan