Isnin, 3 November 2014

Tindakan disipilin UM rosakkan demokrasi kampus- Khai Loon

KEADILAN DAILY


PULAU PINANG :  Tindakan tatatertib yang dilakukan Universiti Malaya (UM) terhadap sembilan pemimpin pelajar termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol, adalah usaha merosakkan demokrasi kampus.

Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon berkata, tindakan  universiti berkenaan telah menghalang mahasiswa daripada terus berfikiran kritis dan merdeka.

Khai Loon“Malahan tindakan represif universiti telah mewujudkan mahasiswa yang lesu dan tidak prihatin terhadap isu-isu semasa,” katanya Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang itu,.

Menurutnya, tindakan Fahmi Zainol dan aktivis lain mengadakan pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu, adalah bagi melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjurkan program bersifat ilmiah.

“Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib, pada hakikatnya, pidato tersebut  mendapat sokongan padu daripada 2,000 mahasiswa dan orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Fahmi mengambil tindakan berani menganjurkan program berkenaan walaupun UM seringkali mengenakan tindakan tatatertib termasuk membuang pelajar dari universiti berkenaan bagi menakutkan mahasiswa.

Justeru katanya, tindakan dispilin termasuk penggunaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) terhadap aktivis mahasiswa terbabit adalah tidak munasabah sama sekali.

“Pihak UM perlu menghormati semua peserta yang telah membuat keputusan yang bijaksana untuk mempertahankan kebebasan mereka,” tegasnya.

Tiada ulasan: