Rabu, 5 November 2014

Tian nafi pengaruhi hakim tapi amaran pada BN

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PKR Tian Chua menafikan dakwaan bahawa beliau cuba mempengaruhi penghakiman kes liwat II ekoran ucapannya semalam yang mengancam mahu mengadakan perhimpunan mega jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar disabitkan dengan tuduhan itu.

Sebaliknya, beliau berkata ucapannya di luar Istana Kehakiman semalam sebagai amaran kepada pemimpin BN yang berkuasa bahawa perhimpunan itu akan mencetuskan momentum baru bagi gerakan reformasi.

Beliau mendakwa media BN cuba memutarbelit konteks ucapannya bahawa beliau cuba mempengaruhi dan menakut-nakutkan hakim dengan menghasut orang ramai hadir ke perhimpunan itu.

"Tuduhan ini pastinya tidak berasas. Sepanjang ucapan saya, saya tidak menyentuh mengenai tingkah laku kehakiman.

"Sebaliknya, penyokong-penyokong Anwar meletakkan harapan yang tinggi ke atas badan kehakiman untuk menegakkan keadilan.

"Ceramah saya mengenai perhimpunan mega bertujuan untuk memberi amaran kepada golongan elit politik yang berkuasa.

"Saya mengingatkan bahawa kehadiran satu atau dua ribu di perhimpunan di Putrajaya beberapa hari ini tidak bererti sokongan yang kurang kepada Anwar," katanya.

MP Batu juga meramalkan jika Anwar dipenjara maka perhimpunan besar-besaran akan berlaku seperti era Reformasi dan ia bermula dengan bantahan di Dataran Merdeka hujung minggu ini.

"Oleh itu Najib dan lingkaran kroni beliau tidak mempunyai sebab untuk menjadi layback dan ramah tamah. Ini secara asasnya adalah konsep "Rakyat Hakim Negara"," katanya.

Tiada ulasan: